Sunday, September 20, 2009

Salam Lebaran 2009

18hb September 2009 - Jumaat di Edgware Middlesex

Alhamdulillah, selepas 3 hari berpusing-pusing di London, dapat sudah rumah/studio flat untuk Nughul di Edgware, Middlesex. Tempat tinggal tu, satu line train, Northern Line, untuk Nughul ulang alik dari sekolah....

Tempat tinggal tu pun, few block away from the Nothern Line, Edgware Station.

Pagi ni, lepak di HSBC bank untuk bukak bank account Nughul. Ramai nyer orang, sebab semua nak buka account sebab nak bukak skolah di London nih. Lebih separuh hari spend kat HSBC, nasib pegawai-pegawai bank semua cekap & sabar. Memang professional. Even bila ada beberapa client yg melenting and mengamuk sampai semuah orang di premis itu terperanjat bila ada yang naik angin, huhuhuhu

Lepas dah buka account, kami ke rumah Nughul untuk sign contract & amik kunci. Lepas re-arrange bilik & buang apa2 yang tak perlu dari orang sebelumnya, kami keluar untuk cari barang-barang yang perlu untuk bilik. Cadar, bantal, kain dapur etc.

Sempat lagi singgah di Straford utk carik carpet lembut. Kalau tak convert harga, memang barang2 di sini boleh di ketegorikan murah. Kalau gaji bulanan dalam seribu or 2 ribu pound, memang boleh survive di sini.

Naik tube di London, agak memeningkan pada awalnya. mana tak, ada hampir 12 train operator. Semua guna one type of train card - Oyster - ada 7 zone semuanya. Zone 1 - Central London is considered as the main & pack zone.


Day trip fare untuk zone 1 - 6, cuma GBP7.50. Kalau tak convert, memang lebih murah dari tambang LRT di Kuala Lumpur
Dari Edgware, kami ke Straford untuk cari keperluan rumah, kemudian ke Kilburn untuk berbuka puasa. Sebab dah jumpa tempat makanan halal di situ. kesuntukan masa, tak sempat nak cari di tempat lain
Dengan GBP7.50, boleh pergi, dari tengah, utara, timor dan barat London dalam satu hari. Tempat tukar train tu, jgn cerita ler, ada yg senang, ada yg berpusing2, turun naik tangga, escalator & lift pun ada... cayalah
Lepas berbuka, terus ke rumah Nughul untuk hantar barang-barang belian. Sempat ler lepak2 ilangkan lenguh di badan.
19 September 2009 - Hari Istirehat
Setelah pusing-pusing London 4 hari, hari nih hari untuk cari masjid, more halal food area & sight-seeing.
Kami dapat jumpa Central London Mosque, di Regent Park & solat zohor sebentar. Bukan masjid orang2 Saudi, ramai muslim & muslimat dari berbagai bangsa & negara
Lepas itu, kami jalan2 di Embarkment, tebing Sungai Thames. Itupun kerana Jubilee Line di tutup utk maintenance & upgrade. Rupanya, ada perlumbaan basikal di area tu. Penuh ler dengan orang British & pelancong luar. Sempat lalu di London Eye, London Museum, London Equarium, Big Ben, London Bridge tapi tak seronok nak ambil gambar kerana orang ramai bangat!!!.....
Nanti insya'Allah di posting lain, aku masukkan gambar2 di tebing Sungai Thames ya... :)
Lepas tu, kami ker Edgware Road. Kawasan muslim di Central London. Kebetulan ada pasar pagi, di mana org menjual macam2 barang. Semurah GBP1.00 untuk keperluan dapur dan GBP10.00 untuk pakaian & kasut.
Murah tu kan??..
Kedai makanan halal pun berderet-deret. Pilih saja mana yg berkenan. huhuhuhu
Di Edgware Road juga baru lah kami jumpa SatayHouse, milik orang melayu dari Malaysia. Nak kata dia warga Malaysia lg pun tak pasti, sebab tak jumpa tuan punya diri.
Hari terakhir Ramadhan, kedai dah penuh reserve utk buka puasa. Kami tapau jer untuk berbuka puasa jari ini. Lepas berbuka puasa, pasti esok raya selepas tengok website Muslim Association of London
Kepada kawan-kawan yg tak sempat aku antar sms or e-mail or antar kad raya, aku nak ucapkan
"SELAMAT HARI RAYA, MINAL AIDIL WAL FAIZIN, MOHON AMPUN & MAAF"
Seronok tengok blog kengkwn cerita tentang Ramadhan, kuih raya & Hari Raya. Tahun ni, aku tak sempat nak spend untuk diri sendiri, sempat belikan utk mak & amin jerk. Tak per, raya banyak lagi insya'Allah kalau umur panjang.. (=^_^=)

No comments:

Post a Comment