Wednesday, October 28, 2009

Cerner Health Conference - Oct 4th to Oct 7th 2009 (Part I)






This year Cerner Health Conference, Cerner Asia team berjaya join skali since ada 2 client dari Malaysia

Memang happening, sebab sampai-sampai di Hyatt Regency Crown Center, the concierge welcome us with these words

"Welcome to Kansas City, the State of Cerner!!..."

Cayalah... Layan gambar aja lah ya.....


Ni gambar aku ngan Regional Manager Cerner Asia.....................................................














Solution Gallery sebelum di buka kepada Cerner Client.....


Opening by Cerner President, Trace Devanney



Orang-orang dari Malaysia & Singapura










Jangan lupa uCern guy, with Cerner blue colour.... huhuhuhu

Sambung part lain lah ya. aku load gambar baru citer.... Penat nak re-arrange ni sumer...hahahaha

Saturday, October 10, 2009

Dari London ke Kansas City

3hb Oktober 2009

Dari London, aku perlu ke Kansas City, Missouri untuk Cerner Health Conference. Dari London Heathrow, aku akan fly through Washington DC (Dulles Airport) on United Airlines.
Masa sampai ke London 3 minggu lepas, tak perasan dan tak memerhatikan betapa besarnyer London Heathrow ni.


Tapi, dah bijak skit dlm perjalanan sebab kami naik tube jer dari Edgware, tukar train di Picidally dan terus ker Terminal 1,2,3 Heathrow Airport.


United Airlines check in is on Terminal 1, dari London Underground tu, kena jalan jauh skit aaaaa and naik beberapa tingkat elevator baru sampai check-in counter


Almost all US flight, ada check-in monitor, so customer buat check in sendiri sebelum serahkan check-in begs.
Macam biasa, aku lupa nak amik gambar kat check-in area, cuma ingat nak amik masa tengah makan kat belakang area tu..

Banyak sungguh Costa Cafe di Kota London, boleh amik priority card member nih... hehehehe



Flight ke Dulles airport is estimated for 8 hours, merentasi Lautan Atlantik.


Malangnyer, selepas boarding, sebelum take-off, captain dah announce, Air Traffic Controller di North Ireland rosak, so semua flight dari Europe perlu amik jalan jauh berhampiran daratan and total flight is about 10 1/2 hours. wah... dah macam flight dari KUL ker LHR ler pulak....


Kena lalu Graceland, sempat ler tgk beberapa ketul ais dalam laut bersinar-sinar dek cahaya matahari, tapi tak sempat nak amik gambar sebab camera dlm beg... :(


Dalam flight, Lead Stewardess announce all flight inbound to the US from east is about 2 to 3 hours delayes. Most connecting flight for most pessangers will be delayed but for us to check at the respective terminal utk update status.


Standard US policy, all inbound pessangers to the first airport must have their id and luggage checked and screen, including US citizens.
Sampai Dulles, flight dah memang 150 minutes delayed. Que utk imigresen dah berjela-jela sebab semua flight memange delayed.


Masa dalam line, dah dengar announcement connecting flight to Kansas City on United Airlines is on time. Masa tu, kalau sempat pun, aku cuma ada 20 minit utk catch that flight.


So, faham-faham jer lah kan maksud tu, kena amik next available flight... huhuhuhu
Imigresen check smooth jer sebab dah ada visa and tak bawak anything yang perlu declare & screen check.


Lepas imigresen, kena ada IAD check pulak, aku kena masuk line B utk business visa customer. Masa aku masuk bilik tu, ada satu family Polish (Poland) yang sedang di periksa. Wife dia dok membebel, dah byk kali masuk US, tetap byk masaalah.


Kemudian, ada sorg Pakistani, sampai officer IAD tu kena panggil 2 supervisor utk screen dia. Abih mamat tu keluarkan semua document perjalanan dia. Dekat 90 minit gak ler dia kena soal siasat seblm di benarkan proceed ngan trip dia tu.


Makna aku dah tunggu lebih 2 jam dlm bilik IAD tu.. :( :( :(


Bila time aku kena panggil, officer tu cuma tanyer, reason masuk US and balik bila. Aku dah boleh kuar for my next trip...laaaaaaaaaaaaaaaaaa.............. ghasa mcm nak marah, tp klu marah kang buat nyer kena suh balik semula, payah gak tu
hahahahaha
Masa aku sampai Unites Airlines Customer Service counter, masya'Allah ramai nyer manusia yang perlu carik next available flight.


Tapi, nasib mereka pantas buat kerja kot. so, que berjela tu disappear ngan cepat & pantas. Kena tunggu almost 30 minutes gaks ler seblm aku dpt next flight, which is the next morning. So, malam tu kena stay over kat Washington DC airport, Hyatt Palace....



Dek letih tengok perangai masa kat airport tu kan, ni jer lah dinner aku


Mexican salad mcm yang kita boleh beli kat Chillis di Kuala Lumpur tu....


Makan pun macam sedih jer sebab penat.. hihihihi


Next flight aku jam 8.00 pagi, so aku kena sampai airport sebelum kul 7.00 pagi since aku dah check in. Security check kat semua US airport memang ketar. Laptop, liquid, kasut, tali pinggang pun kena bukak masukkan dlm screener machine.




Semua US airport is build one airline company per terminal, so sepanjang terminal tu, cuma ada gates United Airlines jer lah. Tapi, flight to almost all states in the US
So, setial airport akan jadi panjang dan melingkar-lingar. Tapi tak banyak kedai or tempat makan...... hmmm....


Agak sebab kena reschedule flight, aku dapat seat Ekonomi Plus, so ruang seat besar skit ler dari class Ekonomi biasa.

Flight cuma 2 1/2 jam saja dari Dulles ker Kansas City International Airport.
Sampai MCI, aku terus ke counter shuttle untuk ker Hyatt Regency Crown Center, sebab petang dah start Conference and meetings.
Sambung cerita di posting lain selepas ini.. Tunggu.......

Ronda-Ronda di London

September 2009

Dah sattle semua pasal rumah dan keperluan pengingapan Nurul di London, aku & Nurul ambil peluang bersiar-siar di Kota London yang sering diidam-idam kan selama ini
huhuhuhu
Orang-orang di sini, mcm di Kuala Lumpur juga ler rasa. Friendly bila kita tegur, tapi tak derk lah nak tegur kita dulu. Especially bila pakai tudung yg comel ni kan... (=^_^=)

Gambar ni di ambil dari atas London Bridge mengarah ker Tower Bridge yang bersebelahan dengan London Tower dan boleh di buka untuk laluan kapal yang besar

Area London Tower yang penuh bersejarah dengan the Three Mauseketeers (betul ker ejaan nih??..) dan kesah-kesah pengkhianatan terhadap keluarga di raja English ini

Ni gambar Tower Bridge dari depan London Tower menyeberangi Sungai Thames yang mengalir di tengah-tengah kota London.
Sungai Thames juga membahagi Kota London kepada kawasan North London and South London

Aku tak pasti ler orang lain, tapi yang aku ingat, ni London Bridge seperti lagu yang selalu aku nyanyikan masa kecit-kecit dulu

Bila jalan ikut peta & tengak jembatan ni sendiri, both aku ngan Nurul macam confuse jer apa yang telah berlaku... Rupanyer aku yang tidak tahu!!!.... hohohohoho


Ini pula London Eye, yang serupa dengan Eye on Malaysia di Tasik Titiwangsa tahun lepas.
Kalau datang hujung minggu, memang pack aaaa visitor beratur nak naik London Eye
Nak naik London Eye, kalau naik sekali dengan River Cruise, harganyer GBP12.00, kalau sekali dengan Afternoon Tea is GBP18.50, dengan Lunch is GBP25.00
Kalau tak kira conversion rate, memang murah kan!!...
Aku ngan Nurul naik River Cruise ajer, so dapat ler tengok London Eye dari jauh,
Kalau nak ambil tiket Fast Track pun boleh, so time kita naik tu dah ditentukan, tak perlu ler beratur lama-lama
huhuhuhu
Ini Saint James Palace, tempat tinggal Prince Charles selepas dia bercerai ngan Lady Diana

Saint James Palace juga merupakan tempat Change Of Guards bermula dan berakhir. Kalau nak tengok Change of Guard di Buckingham Palace, di nasihat kan datang awal-awal pagi dah bukan di hujung minggu kalau tak nak berebut dengan berjuta-juta visitor. Also, Change of Guards happen every 2 days. Change of Horse Guard happen everyday ler

Buckingham Palace dari pandangan hadapan. Di depannya adalah Queen Victoria Monument. ada patung Queen Victoria duduk atas throne dia semasa zaman pemerintahan dulu-dulu

Di mana-mana di kota London ni, penuh dengan patung and monument. Church dan Abbey pun lebih besar dari segala-sagalanyer yang pernah aku tengok

Nasib baik Masjid Central London tu pun besar. Tak pasti ler, siapa yang biaya tabung Masjid, tapi Alhamdulillah, masih ada yang ingat dan mengingati

Ini pula masa aku tengah lepak-lepak di Trafalgar Square. Sedihnya, tak banyak plak burung merpati seperti yang aku berangankan selama ini

Agak, burung-burung sumer dah berhijrah ke tempat lain kerana musim sudah masuk Autum dan semakin sejuk.....

Di sebelah kiri National Muzium ni, ada sebuah restorant makanan Melayu, Jom Makan

Tapi nampak cara hidangan nya dah modern skit. Nak attrack pelanggan-pelanggan international kot. Yang pasti, portion makanan di sini memang besar. Boleh makan utk 2 org atau boleh makan 2 kali ulang

Lepas letih meronda-ronda keliling London untuk hari ini, aku ngan Nurul makan di Jom Makan. Nampak gaya, memang kami berdua kelaparan dan kepenatan. Sebab both boleh habiskan hidangan nasi goreng tu sampai licin and dengan pantasnyer!!...

Oklah, nanti sambung lagi ya, cerita perjalanan baru aku ini....

Monday, September 28, 2009

1 Syawal di Central London

19hb September 2009 - Continuation

Maafler, sambungannya agak lewat. Kena pindah dan terpaksa menunggu untuk dapatkan broadband access....

Selepas kembali dari Edgware Road, beli makanan untuk berbuka puasa di Satay House, sempat ler tgk di website announcement Eid Mubarak di London pun fall on Sunday, 20th September 2009. So, buka puasa nasi malam itu, tidak perlu disimpan separuh untuk bersahur.

Sempat jadi sarapan untuk Aidil-Fitri 2 budak itam di perantauan...... Lepas sarapan, kami ke Central London Mosque untuk solat. Solat Eid Mubarak di mulakan pada 7.15 pagi dan setiap 1 jam bermula dari 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Pada mulanya, rasa pelik jugak sebab di Malaysia, cuma sekali jer di setiap Masjid dan Madrasah. Dalam perjalanan, kelihatan umat Muhammad berjalan bersama-sama menuju atau pulang dari kawasan masjid. Masuk kawasan masjid untuk muslimah, Masya'Allah ramai nyer umat Muhammad di Central London ini.........

Kawasan solat muslimah di buka di tingkat 2 & basement masjid. Penuh padat dengan muslimah dan anak-anak. Kami masuk bahagian muslimah di tingkat 2, di sediakan beg plastik utk simpan kasut. Masuk ke bahagian solat, kami terpaksa melangkah di tepi muslimah & anak-anak mereka. Selit punya selit, dapat ler ruang di sebelah seorang muslimah bersama 2 anaknya. Sedap anak-anak nyer sedang makan kuih raya yang di edarkan untuk muslim & muslimah.... huhuhuhu

Kami solat, berimamkan imam Sheikh Fawzi Siddiqi, tak pasti dari mana... Timur Tengah mungkin...

First time solat, makmum sebelah kiri sempat tarik anak-anak nyer supaya ketepi dan sempat lagi kutip sampah yg dia sepahkan oleh anak-anaknyer.... setau aku, klu gerak lebih dari 3 kali bukan pergerakan solat, dah kira batal. Tak khusyuk aku solat raya tahun ini.. kwang...kwang...kwang....

Selasai solat, aku dan Nughul bersalaman bersama dan orang keliling. Tapi, mereka nampak tidak biasa. Kami sempat berjumpa 3 muslimah dari Thailand. Seronok nyer mereka dapat berjumpa orang Asia di tengah-tengah ribuan muslimah dari timur tengah ini.

Pulang dari masjid melalui Regent Park. Sayangnyer, kamera tidak dibenarkan di kawasan masjid. Mungkin pernah ada pengalaman ngeri sebelum ini kot, entah ler...

Sampai di Marylebone Hall, terasa sunyi Syawal kali ini. Tiada keluarga menjamu selera, tiada sms atau panggilan dari sahabat2 serancak biasa. Nak hantar sms, risau tak pasti harga roaming sms dari sini. Terima sms pun tak dapat nak balas. Maaf ya sekali lagi wahai sahabat-sahabat ku...

Tahun ini, raya terpaksa berjimat cermat. Maklum ler, di tempat asing yg currency nyer 6 kali nilai ringgit Malaysia!!... Bill Maxis bulan ni pun belum sempat tengok lagi.... huhuhuhu

Selepas berehat, kami bersiap-siap untuk menghantar barang-barang ke Edgware.


Inilah kawasan keliling studio flat baru Nughul. Di sebuah bandar kecil yg lengkap dengan pelbagai keturunan Nabi Adam. Dari orang-orang yahudi, islam, hindu, cina, eastern & western Europe, Afrika dan rasanyer mcm dari seluruh dunia ada kot. Kedai kebab halal pun ada, Alhamdulillah....

Kami tidak bermalam di situ lagi kerana ada satu malam di Marylebone yg sudah di bayar dan aku ada appointment untuk 'melawat' Cerner Office di Paddington, London esoknyer

jeng...jeng...jeng......

21hb September 2009

Pagi-pagi lagi kami dah check-out dari Marylebone Hall, naik tube menuju ke Paddington Station untuk ke The Point, Cerner London Office.

Ini gambar aku depan enterance masuk The Point. Cerner London Office terletak di tingkat 5 & 6 bangunan kaca ini. Kesiannya, bangunan kaca ini sering menyerpih, maybe kerana tekanan & pergerakan dalam bangunan yang tak putus-putus.

Security di sini tak ler ketat mcm di Citibank Tower, nak register pun dia tak minta ID. Bagi sebarang nama pun tak kesah kot....





Ini gambar kereta jual hot drinks yang "lepak" bersama Nughul sementara aku jumpa ex-manager aku di tingkat 5. Aku lupa bawak kemera lagi untuk tunjukkan betapa berbeza nyer office di London kalau di bandingkan dengan office di Kuala Lumpur. Jumlah associates di Malaysia pun dah 1/50 jumlah associates di London ni!!!...

Best gakkan kalau dapat join diorg di sini... Yang pastinyer tak derk associates yg bermulut longakang ala-ala Azwan Ali.... hahahahaa
Selesai di Office London, kami singgah di Edgware untuk menghantar semua barang-barang dan merasmikan kehidupan baru di studio bernombor 6, 214A, Station Road, Edgware HA8 ini......

Kami spent the day di Edgware sahaja, jenguk-jenguk kedai-kedai yang ada di sini dan menambahkan barang belian keperluan seterusnya.... Bermula lah episod hidup baru di Edgware London...

Sunday, September 20, 2009

Salam Lebaran 2009

18hb September 2009 - Jumaat di Edgware Middlesex

Alhamdulillah, selepas 3 hari berpusing-pusing di London, dapat sudah rumah/studio flat untuk Nughul di Edgware, Middlesex. Tempat tinggal tu, satu line train, Northern Line, untuk Nughul ulang alik dari sekolah....

Tempat tinggal tu pun, few block away from the Nothern Line, Edgware Station.

Pagi ni, lepak di HSBC bank untuk bukak bank account Nughul. Ramai nyer orang, sebab semua nak buka account sebab nak bukak skolah di London nih. Lebih separuh hari spend kat HSBC, nasib pegawai-pegawai bank semua cekap & sabar. Memang professional. Even bila ada beberapa client yg melenting and mengamuk sampai semuah orang di premis itu terperanjat bila ada yang naik angin, huhuhuhu

Lepas dah buka account, kami ke rumah Nughul untuk sign contract & amik kunci. Lepas re-arrange bilik & buang apa2 yang tak perlu dari orang sebelumnya, kami keluar untuk cari barang-barang yang perlu untuk bilik. Cadar, bantal, kain dapur etc.

Sempat lagi singgah di Straford utk carik carpet lembut. Kalau tak convert harga, memang barang2 di sini boleh di ketegorikan murah. Kalau gaji bulanan dalam seribu or 2 ribu pound, memang boleh survive di sini.

Naik tube di London, agak memeningkan pada awalnya. mana tak, ada hampir 12 train operator. Semua guna one type of train card - Oyster - ada 7 zone semuanya. Zone 1 - Central London is considered as the main & pack zone.


Day trip fare untuk zone 1 - 6, cuma GBP7.50. Kalau tak convert, memang lebih murah dari tambang LRT di Kuala Lumpur
Dari Edgware, kami ke Straford untuk cari keperluan rumah, kemudian ke Kilburn untuk berbuka puasa. Sebab dah jumpa tempat makanan halal di situ. kesuntukan masa, tak sempat nak cari di tempat lain
Dengan GBP7.50, boleh pergi, dari tengah, utara, timor dan barat London dalam satu hari. Tempat tukar train tu, jgn cerita ler, ada yg senang, ada yg berpusing2, turun naik tangga, escalator & lift pun ada... cayalah
Lepas berbuka, terus ke rumah Nughul untuk hantar barang-barang belian. Sempat ler lepak2 ilangkan lenguh di badan.
19 September 2009 - Hari Istirehat
Setelah pusing-pusing London 4 hari, hari nih hari untuk cari masjid, more halal food area & sight-seeing.
Kami dapat jumpa Central London Mosque, di Regent Park & solat zohor sebentar. Bukan masjid orang2 Saudi, ramai muslim & muslimat dari berbagai bangsa & negara
Lepas itu, kami jalan2 di Embarkment, tebing Sungai Thames. Itupun kerana Jubilee Line di tutup utk maintenance & upgrade. Rupanya, ada perlumbaan basikal di area tu. Penuh ler dengan orang British & pelancong luar. Sempat lalu di London Eye, London Museum, London Equarium, Big Ben, London Bridge tapi tak seronok nak ambil gambar kerana orang ramai bangat!!!.....
Nanti insya'Allah di posting lain, aku masukkan gambar2 di tebing Sungai Thames ya... :)
Lepas tu, kami ker Edgware Road. Kawasan muslim di Central London. Kebetulan ada pasar pagi, di mana org menjual macam2 barang. Semurah GBP1.00 untuk keperluan dapur dan GBP10.00 untuk pakaian & kasut.
Murah tu kan??..
Kedai makanan halal pun berderet-deret. Pilih saja mana yg berkenan. huhuhuhu
Di Edgware Road juga baru lah kami jumpa SatayHouse, milik orang melayu dari Malaysia. Nak kata dia warga Malaysia lg pun tak pasti, sebab tak jumpa tuan punya diri.
Hari terakhir Ramadhan, kedai dah penuh reserve utk buka puasa. Kami tapau jer untuk berbuka puasa jari ini. Lepas berbuka puasa, pasti esok raya selepas tengok website Muslim Association of London
Kepada kawan-kawan yg tak sempat aku antar sms or e-mail or antar kad raya, aku nak ucapkan
"SELAMAT HARI RAYA, MINAL AIDIL WAL FAIZIN, MOHON AMPUN & MAAF"
Seronok tengok blog kengkwn cerita tentang Ramadhan, kuih raya & Hari Raya. Tahun ni, aku tak sempat nak spend untuk diri sendiri, sempat belikan utk mak & amin jerk. Tak per, raya banyak lagi insya'Allah kalau umur panjang.. (=^_^=)

Perjalanan Yang Baru

15 September 2009 - flight MH004 dari Kuala Lumpur International Airport ke London Heathrow

Keluar dari rumah Kota Damansara, hari sudah hujan renyai-renyai. Di NKVE, hujan semakin lebat, tapi mula reda selepas Dengkil.
Check-in di row D untuk MAS, business & first class pessanger. Cepat dan pantas.
Flight dari KLIA jam 10.05 pagi, first question the MH steward & sterwardess tanyer is "cik puasa ker hari ini??..."
Soalan yg aku & Nughul dok pikir2 dari seminggu lepas. Kalau kami puasa, bermakna kami perlu puasa selama 19 - 20 jam. Syarat berpuasa, lihat matahari di tempat perjalanan kami. Larat ker aku ni ek??....

Head Steward MAS pesan, boleh berbuka ikut waktu Malaysia & tawakallilah. Boleh ker macam tu??..

Dah tanyer ustaz & ustazah, syarat nyer mesti ikut matahari jugak. No such thing as ikut time dari tempat kita melangkah keluar untuk perjalanan. Buat apa berjalan kalau nak buat lagu tu nooooo.... huhuhuhu

Pikir-pikir punyer pikir semasak-masaknyer, kami decide tak nak teruskan berpuasa. Kami di tempatkan di bhg atas, Business Class. Ada beberapa keluarga Melayu Malaysia ker tujuan yang sama dengan kami.
First time naik long distance business class, jadi jobo kojap, coz layanan, presentation nya memang kelas. Patutpun MH dpt anugerah.. (=^_^=)










Kalau dah lapar tu kan, semua pun nampak sedap. Seat jauh lebih besar dari kelas ekonomi.
Kerusi canggih, boleh jadi seat, sofa & bed. Siap dengan messager lagi... wah......



Flight to Heathrow is about 12 hours. Sepanjang perjalanan, tidor lena sebentar selepas 'brunch' ponteng puasa. Insya'Allah, perjalanan ini mendapat keberkatan Illahi. Tak dapat nak teruskan perjuangan kerana perlu mengangkat beg2 yang sama besar dengan diri ini!!.. huhuhuhu

Alhamdulillah, steward & stewardess MAS, memang kelas. Ada satu family (ber-enam sekeluarga) hampir setiap masa buat request yang pelik2. Mee maggi di hantar hampir setiap 1/2 jam.

Di belakang seat aku & Nughul, ada sebakul makanan, biskut, cheese, fruits, cakes, sandwich di sediakan sementara tingkap di tutup supaya penumpang lain boleh lena.

Sampai di Heathrow, kami dapat laluan "Fast Track" sebab Business Class. Tapisan imigresen cepat & pantas tanpa banyak keperluan & line queue panjang.

Beg keluar dari pesawat pun pantas, sebab GCCL route.. memang seronok. Kalau ler company aku bagi peluang travel business class untuk long distance setiap masa!!... huhuhuhu



Aku siap kena gelak dek pokcik2 omputih sebab kecit2 kena kejar beg yg nak sama saiz, hahahahahaha....

Inilah jer jumlah barang-barang yang kami bawa. cukup ker nih untuk sementara waktu di perantauan??.. Insya'Allah. Keluar dari flight kami terus ke arah taxi stand, betul ker apa yg kami buat nih??.. layan sajalah, janji sampai...





Naik taxi London ke Westminster University Hall, di Marylebone Road. Pemandu taxi tu, pokcik tuo yg mata pun macam payah jer nak bukak. Jalan jem skit masa keluar dari Heathrow, dan hati berdebar-debar tengok meter taxi berputar pantas mcm air hujan
huhuhuhuhu....
London juga hujan ketika itu, renyai-renyai di perjalanan dan semakin lebat sehampir tempat tujuan. Pokcik tuo tu salah hantar kami, walaupun kami dah beri alamat yg betul sebelum naik taxi dia. Dah dia yang salah tu, sempat lagi dia panggil kami "idiot, no wonder u need to go to university!!..."

Sakit nyer hati, agak, taxi driver di London ni semua ada degree kot. Baca alamat pun salah!!... Since kami tak tau tempat, timor barat, diam kan sajalah apa yg dia cakap. Sampai di tempat yang betul, bukan nyer dia nak tolong angkat beg dalam hujan tu, siap tolak beg aku kelaur dari taxi.
Nasib bulan ramadhan, kami sabar angkat beg besar & tolak masuk ke Uni Hall.

Alhamdulillah, bilik ni selesa, internet pun free 24 jam. Sampai Uni Hall dah jam 6 petang. Kami rehat2kan badan dulu sebelum keluar cari tempat makan untuk beli makanan sahur. Hari masih hujan dan semakin lebat.
Alhamdulillah, tak perlu berjalan jauh sangat sebelum berjumpa kedai makan & kedai runcit Lebonan.
Lupa pulak, portion makanan di luar negara, ada 2-3 kali lagi besar dari saiz makanan di Malaysia. Boleh ler di tapau lebihan untuk sahur nanti.

16 September 2009 - Westminster University, Marylebone Hall

Sahur di sini, tamat 4.45 pagi. Alhamdulillah, jam 3 sudah terjaga untuk makan. Tapi, minum air sejuk saja lah, sebab tiada pantry di floor kediaman kami. Tempat secure, so tak perlu risau...
Sorry ler, tak sempat nak ambil gambar keliling Uni Hall ni. Sebab tak ada yg menarik pun... huhuhuhu
Hari ni, start contact property agent untuk cari rumah sewa untuk Nughul. Sementara itu, kami berjalan-jalan sepanjang Marylebone untuk mencari surat khabar untuk property agent.
Hari ini dah mula puasa semula. Sambil berjalan, sambil mencari-cari tempat makan yang halal. Depan Uni Hall ni, adalah Madam Toussou. memanggil-manggil untuk masuk.
Tapi, belum boleh lagi since mencari rumah sewa Nughul adalah priority sebelum boleh jalan lepak-lepak...
Sambung kemudian ya... panjang lagi nak cerita nih... huhuhuhu

Friday, July 24, 2009

Allahu Akbar... Yang Maha Kuasa Lagi Maha Penyayang

Diciplak dari saudara Azamin... untuk peringatan diriku yg sering lalai & ingkar

Allah selamatkan saya ketika derita...oleh Azamin Amin

Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak.

Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang."Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini...?" kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara.

Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.

Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif."Jika ada duit, adik nak makan apa?" tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja."Roti canai..." jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu.

Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula.

Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah.Tidur untuk menahan lapar.

Saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi. Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini.

Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi."Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih," kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu.

Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu...hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma. Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah.
Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit. Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti 'Ah Long', menjadi pengawal keselamatan dan 'house-keeping' di resort dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota. Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera.

Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan 'kerja', namun saya tolak kerana menjadi 'pusher' dan jual paket-paket ganja, jadi 'bouncer' di kelab malam dan upah 'menarik' kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah.Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin, jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita.

Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari.'Tak boleh sembahyang Jumaat!'

Saya bekerja di bahagian 'script processing' dan 'data entry'. Masa itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari. Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2.45 petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan tidak semena-mena. "Kenapa baru balik? Pergi mana?" jerkahnya. "Sembahyang. Hari inikan Jumaat," saya jelaskan dengan santun.

"Sembahyang banyak lama ka? Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain kali tak payah pergi sembahyang!" katanya tidak puas hati. Ya, salah kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan 'solat' di Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana-mana tempat mereka lazim 'bersidai'.

"Apa?!! Tak payah sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!!!" kata saya melawan sambil meninggalkan pegawai itu terkebil-kebil sendiri. Kejadian itu disaksikan oleh ramai rakan-rakan saya, yang juga tidak sembahyang.

Pada saya, rezeki milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya. Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang "Remiser" mengambil saya berkerja sebagai "Asistant" di syarikat yang sama, dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang berbeza - bukan di bawah telunjuknya lagi.

Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya. Tetapi, bagi Tuhan yang Maha Kuasa ianya, tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang pasti, pintalah. Suatu malam, saya sudah tenggelam punca. Maklumlah wang saya sudah habis. Bukan sebab berfoya-foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang diterima cukup-cukup makan saja. Lebih parah, esok untuk ke tempat kerja, tambang bas pun tidak ada.


Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkan muka.Saya hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan arwah guru saya. "Jika kau susah sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang dihajat," ingat mereka kepada saya. Teresak-esak saya menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi. Malu pada Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat. Saya tidak tahu kemana lagi hendak dituju. Untuk bergantung kepada manusia, saya sudah tidak mampu. Aib dan cukup-cukup malu!Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya.. ."Jikalau aku diam, aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku menambahkan malu di muka."

Ya, begitulah juga dengan saya...hanya pada Allah saya berharap. Seusai bermunajat, ambil sebuah Quran kecil milik saya untuk membasahkan lidah dengan surah-surah kalimah Allah buat menenang jiwa yang resah.Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba terselit sekeping wang RM50.00 di situ. Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya dengan cara yang tidak disangka-sangka. ..

Ini bukan kisah rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah membantu manusia-manusia di luar sana hatta pembaca dengan jalan penyelesaian yang tidak diduga. Ada dengan cara fitrah manusia, ada dengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan ada yang tidak dijangka-dijangka dan mustahil diterima waras manusia...itulah Allah, yang amat menyayangi hamba-Nya.

Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya.Seperti sebuah hadis Qudsi ertinya: Allah menyebut: "Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu. "Isteri menangis, anak tersenyum sehingga lena

Sekitar tahun 2002, Allah juga pernah 'menyelamatkan' saya pada suatu malam ketika benar-benar kesempitan wang. Malam itu, susu anak sulung saya habis. Berdebar jantung lantaran, hanya kepingan-kepingan syiling saja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak menjamah walau secebis makanan.Tiba saat yang cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya merapati ibunya, minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak sanggup melihat keadaan itu.

Saya dengan hati yang luluh, lantas mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya. Anak sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol susu itu tidak berwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya. Namun tanpa banyak rengekkan, dia capai lalu menghisap botol tersebut. Beberapa saat kemudian, dia berhenti lantas memandang saya... Bimbang benar jika dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat meminum susu. Alangkah aibnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya keadaan saya, sehingga anak menjerit kelaparan.

Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si sulung seterusnya. Saya bersabar menunggu detik itu... Sambil memegang botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata :" Mmm...sedap. ." Dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan sudah cukup untuk 'mencarik-carikkan' nurani saya.

Aduhai, sebak terasa di dada. Isteri saya sudah tidak dapat menahan sedih, menangis semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah terlena........

Sebenarnya, ujian-ujian yang Allah berikan ini sama ada kepada saya atau yang lain, adalah untuk menguatkan jiwa, iman dan keteguhan manusia menghadapi cabaran getir dan mengukuhkan lagi kebergantungan kepada-Nya. Ketika menghadapinya terasa cukup sakit namun setelah berjaya melintasinya, ianya cukup nikmat. Pengalaman pahit umpama 'universiti terbaik' hidup kita selama ini.Dan setiap ujian yang diberikan, adalah sesuai dengan kemampuan seseorang. Masalah-masalah saya, tidak diberikan dan berbeza kepada orang lain kerana khuatir mereka tidak dapat menanggungnya.

Begitu juga masalah mereka, tidak diberikan kepada saya, khuatir saya hilang punca dan tidak upaya menahan bebannya. Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya:"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya" (Al-Baqarah: 286)


Begitulah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani. Adakala hidup ini dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak keseorangan dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan kita. Jika anda rasa, anda susah betapa ramai lagi yang tak pernah kenal erti apa itu lampu, pendingin hawa atau makanan enak menjilat rasa.

Atau sekadar menjamah pucuk-pucuk paku di belakang rumah atau sayur ulaman di kaki longkang. Baju lusuh bertukar warna, menjadi teman di Hari Raya. Mereka lebih derita dan lara. Jikalau anda rasa hebat, sebenarnya ramailah lagi, jauh lebih hebat daripada anda. Esok anda hebat, lusa mungkin anda merempat. Belum tahu, justeru pintalah pada yang Esa agar perjalanan hidup anda sentiasa direstu dan dilindungi selalu.

Terus- terang saya katakan, di sebalik cabaran, dugaan dan asakan yang mendatang, adakalanya saya juga 'frust' dan tewas. Kecewa umpama 'mati' sebelum mati. Api juang adakala naik menjulang namun lazimnya padam dan kecundang. Di sebalik tulis-tulisan saya dan rintangan yang dihadapi, mahu sahaja saya berhenti daripada mencebis kata-kata namun surat-surat pembaca dan puluhan email yang saya terima, 'menghidupkan' saya semula. Semua ini dengan hidayah dan kekuatan yang tuhan berikan.

Kata seorang tua kepada saya, sebanyak mana orang menyukai kita, mungkin sebanyak itulah orang membenci kita. Justeru janganlah kita mendabik dada, kerana dunia ini pinjaman semata-mata. Ada pembaca yang menceriakan saya, ada yang lebih susah hidupnya dan lebih hebat pengorbanannya malah tidak kurang juga yang menegur dan mengkritik saya.

Sesungguhnya, pandangan, dan teguran pembaca dan cerita-cerita mereka, menyuntik semangat di dada yang adakalanya kecundang secara tiba-tiba.Syukur kepada Allah, memberi kekuatan kepada saya dan terima kasih kepada pembaca, peminat dan pengkritik yang telah menyedarkan lena dan duka saya yang panjang..."Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "innalillahi wa inna ilaihi raji'un" (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali)." (Al-Baqarah: 155-156).